Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Wednesday, January 26, 2011

INFO: Mencontohi tabiat, cara makan Rasulullah - Diet seimbang, amalan pemakanan sihat pelihara Muslim daripada serangan penyakit

Assalamualaikum semua! Menarik tak tajuk Info yang Iffa nak share hari ini. Siapa tau dari mana artikel ini Iffa perolehi? Betul! Petikan dari Akhbar Berita Harian, 22 Jan 2011.


Kesempurnaan Rasulullah S.A.W sebagai kekasih Allah tiada tolok banding menjadi ikutan Muslim senatero dunia termasuk diet makanan Baginda. Sabda Baginda S.A.W:

"Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang."
Buat pengetahuan semua, satu kajian dari WHO(Pertubuhan Kesihatan Sedunia) telah mendapati amalan gaya hidup mewah masyarakat dunia sekarang iaitu makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam mengundang kepada peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan kanser.


Berikut ialah saranan dari Pertubuhan jantung Amerika Syarikat bahawa seharusnya kanak-kanak dan orang dewasa haruslah mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal yang sederhana pada kebanyakan hari atau sebaik-baiknya setiap hari dalam seminggu.


Tersedar Iffa apabila mambaca peringatan yang diberi oleh Aisyah R.A:
"Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya."
Hadis Riwayat Bukhari
Baiklah, Iffa akan summarizekan intipati dari artikel berita harian ini. Kata kuncinya di sini ialah, 

  1. Rasulullah SAW makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. 
  2. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang tinggi
Sekarang kita kupas lebih lanjut lagi, mengapa dan apa kelebihan makanan-makanan yang digemari Rasulullah SAW. Kita mulakan dengan
SUSU(Susu yang fresh ya, bukan susu dalam kotak):
  • Merupakan makanan yg lengkap dan kaya dgn protein, kalsium, vitamin A dan B.
  • Zat protein berkualiti tinggi penting utk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan penyakit.
  • Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium mmg penting utk pembinaan gigi dan tulang. Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis.
  • Zat-zat lain yang terdapat dalam susu ialah: fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2(riboflavin) dan Vitamin D.
Allah juga ada berfirman:
"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya."
Surah An-Nahl, Ayat 66
 Next, KURMA or TAMAR;

  • Kandungan serat yang tinggi, dapat mengelakkan masalah sembelit.
  • Mengandungi Vitamin A  yang penting untuk mata/penglihatan.
  • Mengandungi gula untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
  • Juga mengandungi pelbagai vitamin, mineral serta air yg penting bagi kesihatan badan.
Di beri contoh tentang keistimewaan khasiat buah kurma ini melalui kisah Siti Maryam yang menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa A.S. untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga. Allah SWT juga ada berfirman:
"Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka, makan serta minumlah dan bersenanglah kamu."
 Surah maryam, Ayat 25
Seterusnya, mari kita lihat khasiat DAGING pula: Merupakan sumber protein yang utama utk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral(zat besi dan zinc)

Rasulullah SAW juga suka MADU, mengapa?Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Setiap lepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Apa yang bagus tentang madu sehingga ia menjadi amalan Rasulullah SAW? dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan keradangan.

If lepas Subuh Rasulullah SAW ambil madu, selepas dhuha pula Baginda SAW akan makan 7 biji kurma Ajwa' bertujuan untuk menghindari keracunan. Ada sejarah di mana, seorang wanita yahudi telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan orang yg tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.

Lagi cara pemakanan Rasulullah yang harus kita teladani:
  1. Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan.
  2. Baginda SAW juga tidak makan ikan dan daging dalam masa yang sama (hasil darat dan hasil laut diasingkan)
  3. Baginda SAW tidak tidur selepas makan (Iffa yakin ramai yang melakukan ini)
  4. Rasulullah SAW melarang(makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana dipercayai berlaku tindak balas yang boleh mengubah kadar kealkalian (pH) air tersebut.
  5. Baginda SAW, tidak mengambil daging dalam kuantiti yg banyak kerana pengambilan daging yang banyak memberikan kesan kepada sendi dan ginjal.
"Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak"
Pesan Saidina Umar RA 
Lagi amalan/ tabiat Rasulullah SAW yang harus kita contohi:

  1. Baginda SAW, gemar makan sayur-sayuran kerana ia memiliki kandungan zat yg berkhasiat dan berfungsi untuk memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit yang berpunca dari gula.
  2. Rasulullah SAW, makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti..if di Malaysia bolehla kita makan dengan nasi. Fungsinya sangat bagus untuk mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.
  3. Baginda SAW melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana  ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Jadi tak hairanlah kan mengapa di dalam piramin makanan yang selalu kita lihat menyarankan kita untuk mengambil 8 hingga 12 sajian berasaskan ubi dan bijirin dalam sehari.
Jadi, jika kita kaji semula dari apa yang ditinggalkan oleh amalan Rasulullah SAW yang cukup indah ini, pasti kita akan mengerti kenapa, pelbagai sakit misteri, kronik semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kita kini. Ini semestinya kerana, kita lupa... untuk meneladani amalan atau tabiat pemakanan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Akhir kata dari Iffa, mari kita renungkan Sabda Nabi SAW:
"Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras"
Hadis Riwayat Huzaifah
dan Humaka' ada berkata:
"Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala kepada segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala kepada segala ubatan"
Atau, dalam erti kata yang lebih mudah, "Prevention is Better than Cure" atau dalam bahasa ibunda "Mencegah Lebih Baik dari Mengubati" janganlah bila dah hujan barulah kita terhegeh-hegeh nak cari payung.. Wallahuaalam


Sharing is Caring!
Iffa @fw-shaklee2u



Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70 dan free delivery. Boleh buat pesanan melalui:
Faheem
Faheem
E-store FW di My1Stop Virtual Mall,
3 Payment Method Available:
  1. Credit Card payment through e-store
  2.  
  3. Manual payment to seller
Email Us! faheem.wardrobe@gmail.com Email Iffa di faheem.wardrobe@gmail.com
SMS Us! 013-5810170 SMS Iffa di talian 013-5810170
PM Inbox Admin FW! PM Inbox IffaAnuar di Facebook

1 comments:

info tentang kurma di SIHAT SELALU - Khasiat Kurma

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Disclaimer at SOSC

DISCLAIMER #1

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


DISCLAIMER #2

SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


DISCLAIMER #3

SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


Warning - Do Not Copy

AMARAN KERAS:

PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More