Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!

Bina Empayar Shaklee Anda Hari ini!
Sertai kami di Jutawan Shaklee, melahirkan Bisnes Leader yang berdaya saing, EFEKTIF dan sentiasa POSITIF.

Sunday, July 3, 2011

[KPSI] - Penyusuan Bayi Baru Lahir


Selepas 4 hari kelahiran, susu matang akan mula terhasil. Kekerapan menyusukan bayi dapat memacu anda kearah kejayaan penyusuan susu ibu secara esklusif.


Mencari Puting
  1. Bayi anda mempunyai naluri semulajadi bagi membolehkannya mencari puting payudara ketika dia kelaparan. Keadaan ini dikenali sebagai rooting reflect. Dalam tempoh beberapa hari pertama kelahirannya, anda perlu meransang refleks ini dengan kerap mengusap pipinya. Kesannya, bayi pasti segera berpaling ke arah payu dara anda dan mula mencari puting untuk menyusu susu ibu.
  2. Sekiranya bayi anda tidak memusingkan kepalanya, picit perlahan-lahan kawasan belakang aerola anda sehingga beberapa titisan susu ibu terbentuk. Sentuh bibirnya menggunakan puting. Dengan cara sedemikian, ia berupaya menggalakkan bayi untuk membuka mulutnya.
  3. Angkat kepala bayi berhampiran payu dara supaya dagunya menyentuh payu dara. Dalam pada itu, pastikan lidahnya berada di bawah bahagian puting. "Pandu" payu dara anda masuk ke dalam mulutnya.
Melekap
  1. Sebaik sahaja melekap pada payu dara, dia akan mula menghisap payu dara anda menggunakan rahangnya. Ini dapat dilakukan dengan menekan takungan susu pada dasar aerola. Walau bagaimanapun, sekiranya bayi hanya menghisap puting, anda akan mengalami kesakitan di bahagian tersebut dan pada masa yang sama bayi tidak mendapat bekalan susu ibu sperti yang sepatutnya.
  2. Dari pandangan hadapan, rahang bayi yang melekap dengan baik akan kelihatan terbuka luas dan mulutnya penuh dengan payu dara. Anda turut dapat mengenal pasti bayi menyusu dengan betul atau sebaliknya dengan melihat bagaimana pelipis dan telinganya bergerak. Keadaan ini sebenarnya membuktikan bahawa otot rahangnya sedang bekerja keras memperoleh susu ibu mencukupi.
Pisahkan Dari Payu Dara
  1. Biarkan bayi anda menyusu seberapa lama yang dikehendakinya. Payu dara anda akan kelihatan lebih kecil dan ringan apabila susu telah habis dihisap oleh bayi. Apabila bayi tidak lagi mahu menyusu, alihkannya dari payu dara untuk menyendawakannya. Jangan tarik puting anda! Sebaliknya sisipkan jari kelengkeng anda di antara rahangnya bagi membolehkan dia berhenti daripada terus menghisap.
  2. Lekapkan pelapik payu dara pada bahagian payu dara yang telah dikeringkan. Selepas selesai menyusu, dukung bayi dengan kedudukan kepalanya di atas bahu bagi membolehkan anda menyendawakannya agar tidak berlaku masalah muntah susu pula.
Semoga perkongsian hari ini, memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda. InsyaAllah dengan teknik yang betul, penyusuan susu ibu akan menjadi lebih mudah dan membahagiakan.
    Jika anda berminat dengan artikel ini, sila kongsikan ia bersama-sama rakan anda, namun jasa baik anda untuk backlink adalah amat dihargai. Sila letakkan link dibawah ini di akhir entry yang anda copy:

    Pesanan Penaja: Menangi Sebuah Medela Freestyle Breastpump di SayaMahuSihat.Com

    Sharing is Caring!

    Iffah Anuar @SMS.Com

    1 comments:

    lagi info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    DISCLAIMER

    Disclaimer at SOSC

    DISCLAIMER #1

    SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ PEK MINI HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA DI SHAKLEE ONE STOP CENTRE(SOSC). IA TIDAK DI TAWARKAN/ DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN SHAKLEE. HARAP MAKLUM


    DISCLAIMER #2

    SEGALA PEMBERIAN HADIAH ADALAH ESKLUSIF DARI SHAKLEE ONE STOP CENTRE DAN BERBENTUK PERIBADI. IA SAMA SEKALI TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN SHAKLEE(M) SDN BHD ATAU MANA-MANA SYARIKAT


    DISCLAIMER #3

    SEBARANG PENULISAN DI DALAM BLOG INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK DIAGNOSIS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.


    Warning - Do Not Copy

    AMARAN KERAS:

    PENULISAN DI DALAM SayaMahuSihat.Com, ADALAH PERKONGSIAN PERIBADI SAYA. DILARANG SAMA SEKALI UNTUK DICETAK SEKIRANYA IA BUKAN BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU.


    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More